Tujuan pertubuhan Badan Khairat Kematian Masjid Kota Damansara ialah memberi bantuan kewangan pengurusan jenazah untuk ahli atau waris jika berlaku kematian di kalangan ahli atau tanggungan berdaftar.
Sistem ini bertujuan untuk merekodkan maklumat ahli dan membantu pengurusan bantuan kewangan pengurusan jenazah kepada ahli-ahli.
Untuk menggunakan sistem ini, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dengan menekan pautan Pendaftaran Keahlian Baharu. Permohonan pendaftaran yang dihantar melalui sistem ini akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Ahli Jawatankuasa Badan Khairat.